Assalamualaikum ...
Apa khabar? di harap sesiapa yang menyinggah blog ni sihat2 belaka hendaknya. In shaa Allah akan sentiasa dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan dilapangkan hati (aminn ...) Hari ini saya tak jual baju ke perfume ke (untuk masa sekaranglah), biasalah sibuk dan kekangan waktu yang menyebabkan xde masa nak promote dan post kat blog ni dan kat FB (lebih kepada malas sebenarnya -.-''').
Apa-apa pun saya akan cuba post sesuatu berguna pada saya dan anda semua berkenaan kerja hakiki saya iaitu Juru X-Ray Radioterapi. Memang tak dinafikan apabila saya memperkenalkan diri kepada orang awam terutamanya akan mengatakan kerja saya adalah seperti ambil x-ray yang mereka selalu lihat dan alami di Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital seperti MRI, CT Scan dan X-Ray biasa. No, It's totally different! Untuk pengetahuan sahabat, 'Radioterapi' itu adalah rawatan menggunakan Sinar X berkuasa tinggi (MEGAVOLTAN) dan bahan radioaktif kepada pesakit kanser. Ia bukan sesuatu yang mudah dan tidak boleh dipermudah (ayat macam Papa Zola).
hehehe ... sebelum pergi lebih jauh berkenaan rawatan Radioterapi ini, lebih baik saya bercerita berkenaan penyakit KANSER itu.
Ini definasi kanser dari http://www.medicalnewstoday.com/info/cancer-oncology/
Kanser adalah kelas penyakit yang dicirikan oleh pertumbuhan sel di luar kawalan. Terdapat lebih 100 jenis kanser yang berbeza, dan setiap dikelaskan mengikut jenis sel yang pada mulanya terjejas.
http://www.cancer.gov/PublishedContent/Images/images/documents/cancer4-new.jpg
Kanser membahayakan tubuh apabila sel-sel rosak (kanser) membahagi tanpa kawalan kepada ketulan bentuk atau gumpalan tisu yang dipanggil ketumbuhan (kecuali dalam kes leukemia di mana kanser melarang fungsi darah yang normal oleh pembahagian sel yang tidak normal dalam aliran darah). Tumor boleh berkembang dan mengganggu pencernaan, saraf, dan sistem peredaran darah, dan mereka boleh melepaskan hormon yang mengubah fungsi badan. Tumor yang tinggal di satu tempat dan menunjukkan pertumbuhan terhad secara amnya dianggap tidak berbahaya.
Lebih berbahaya, atau malignan, tumor terbentuk apabila dua perkara berlaku:
1. sel kanser berjaya bergerak ke seluruh badan menggunakan sistem darah atau limfa, memusnahkan tisu yang sihat dalam proses yang dipanggil pencerobohan (metastasis)
2. sel yang menguruskan untuk membahagikan dan berkembang, membuat saluran darah baru untuk memberi makan kepada dirinya dalam proses yang dikenali sebagai angiogenesis.
oleh itu, penyakit kanser adalah penyakit yang sangat berbahaya kepada manusia. senang cakaplah macam mutan dalam badan koranglah, tapi yang pasti, korang takkan jadi hebat macam X-Men tu (=.=) tetapi jadi terbaring, kurus kering dan ada juga mengalami kemurungan yang teruk. But, it's not the end of the world, penyakit kanser memang agak sukar diubati sekiranya tak disedari dari awal, tetapi, In Shaa Allah, ada cara untuk mengawal penyakit itu
Oklah, sampai di sini pembelajaran kita berkenaan kanser, ada jodoh, ada kelapangan, saya akan post lagi berkenaan kanser dan ujian kesihatan (medical check up).
Salam sayang dari Johor Bahru,
Bazilah Basri
Sumber rujukan:
www.medicalnewstoday.com/info/cancer-oncology/
commons.wikimedia.org
www.cancer.gov
No comments:
Post a Comment